suria

F1: Magnussen Ganti Maldonado Di Renault

McLaren memperkenalkan jentera MP4-29 bersama pemandu Kevin Magnussen (kiri), Jenson Button (tengah) dan Stoffel Vandoorne di England baru-baru ini.

BEKAS pelumba McLaren, Kevin Magnussen menggantikan Pastor Maldonado di Renault bagi menghadapi saingan Formula Satu (F1) 2016.

Magnussen bakal bergandingan dengan pelumba Brirish Jolyon Palmer selepas pihak penaja Maldonado,30, gagal membayar kontrak perjanjian kepada pasukan.

Magnussen,23, menamatkan saingan di kedudukan ke-11 keseluruhan pemandu ketika bersama McLaren pada tahun 2014 sebelum Fernando Alonso mengambil alih posisinya tahun lalu.

Kehadiran Alonso itu menyebabkan dia menjadi pelumba simpanan dan pemandu uji jentera sebelum dibebaskan oleh pengurusan McLaren.

Sementara itu, Maldonado menjelaskan di berasa bangga dengan rekod yang dicapai selepas tiga tahun bersama Williams dan dua tahun dengan pasukan Lotus yang menjadi perintis kepada Renault.

McLaren, Kevin Magnussen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain