suria

950 Sertai Duathlon, Triatlon Antarabangsa Pulau Pinang

Pengerusi Kelab Lumba Basikal Pulau Pinang Dr Lim Seh Guan (kiri) dan Pengarah kejohanan Ben Woon (kanan) pada sidang media program kali ke empat di George Town, Selasa.

GEORGE TOWN: Kira-kira 950 peserta mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Duathlon dan Triatlon Antarabangsa Pulau Pinang edisi keempat di Teluk Bahang pada 17 April.

Pengerusi penganjur Ben Woon berkata pendaftaran ditutup pada 25 Jan dengan peserta dari 21 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Singapura telah mendaftar.

Acara triatlon memerlukan peserta berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal 40km dan larian 10km manakala duathlon pula melibatkan larian sejauh 7km, 40km berbasikal dan diteruskan dengan larian 10km.

"Kejohanan Duathlon dan Triatlon Antarabangsa Pulau Pinang ini unik kerana para peserta perlu berenang di laut sejauh 750km dua kali diselangi dengan larian pendek di pantai," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa.

Jalan dari Taman Rimba Teluk Bahang ke Jalan Sungai Rusa akan ditutup dari 7 pagi hingga 12 tengah hari untuk memberi laluan kepada acara berbasikal yang akan bermula di Empangan Teluk Bahang hingga Jalan Baru, Balik Pulau.

Acara ini dianjurkan oleh G Club Penang Cyclists dan disokong oleh kerajaan negeri.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain