suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum Temui Pemain Import, Devan Puji Pemain Tempatan

PETALING JAYA: Pengendali pasukan Kelantan, K. Devan gembira dengan peningkatan prestasi pemain-pemainnya selepas beberapa siri perlawanan persahabatan diadakan menjelang saingan Liga Malaysia musim ini.

Bekas jurulatih Negeri Sembilan ini berkata, semua pemain menunjukkan perubahan positif dalam setiap sesi latihan dan ketika perlawanan persahabatan.

"Pemain-pemain tempatan mempamerkan kesungguhan dan cuba melakukan yang terbaik walaupun hanya perlawanan persahabatan.

"Malah mereka masih mengekalkan aksi kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini. 

"Peningkatan corak permainan dapat dilihat dari masa ke semasa dan saya yakin apabila tiba aksi sebenar, mereka sudah bersedia berdepan dengan pihak lawan," katanya ketika dihubungi mstar online pada Selasa.

Dalam pada itu, Devan memberitahu sesi latihan kini lebih tertumpu kepada taktik dan teknik permainan.

"Sebelum ini saya lebih menumpukan kepada kecergasan dan kini corak latihan lebih terperinci. Mereka berlatih dan mengaplikasikannya dalam perlawanan persahabatan.

"Mereka akan meneruskan aksi persahabatan yang keempat bertemu Yala United FC pada Selasa malam di Kota Bharu.

"Selepas ini beberapa lagi aksi persediaan diaturkan untuk memastikan keserasian pemain-pemain tempatan dan empat pemain import yang terpilih.

"Bagaimanapun setakat ini hanya ada seorang sahaja dari Australia (Jonathan McKain) yang memang sudah bersama pasukan sejak musim lalu.

"Tiga lagi pemain import akan diumumkan dalam masa terdekat," jelasnya.

Devan mengakui belum membuat keputusan terakhir mengenai pemain import walaupun sebelum ini beberapa orang pemain tiba di Kota Bharu untuk diuji, namun belum memenuhi kriteria yang ditetapkan.

K.Devan, Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain