suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tiada Pilihan Selain Menang - Van Gaal

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal tidak memberi pilihan lain kepada anak didiknya selain mencipta kemenangan ketika menentang Wolfsburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu.

Jurulatih kelahiran Belanda itu mengakui pemain United tidak lagi mempunyai pilihan selain menang bagi memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati.

Dalam saingan kumpulan B itu juga, pemain United dikerah supaya mendapatkan gol selepas mereka mereka mengalami kemarau jaringan sejak kebelakangan ini.

"Kamu mungkin tidak tahu, tetapi saya sebagai jurulatih berpengalaman yakin pemain akan mendapat jaringan.

"Bila kamu mula mencipta peluang kamu juga mampu menyudahkannya. Saya percaya pemain mampu membuktikan diri mereka," jelasnya.

Dalam perlawanan itu, United dijangka kehilangan Wayne Rooney yang masih dibelenggu kecederaan.

Manchester United

Artikel Lain