suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Malaysia: Selangor Perlu Kekal Semangat Berpasukan - Durakovic

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic mengutamakan semangat berpasukan apabila The Red Giants menentang Kedah dalam final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Beliau berkata pemainnya yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sepanjang musim ini sehingga mampu ke final perlu mengekalkan semangat itu pada perlawanan Sabtu ini.

Dalam pada itu beliau gembira kerana kesemua pemainnya cergas dan tidak mengalami penggantungan untuk bertemu skuad Helang Merah.

Mengenai peluang Selangor, beliau yakin dengan prestasi anak buahnya.

"Namun segala-galanya boleh berlaku dalam final. Tapi kami akan memberikan yang terbaik apabila bermain di laman sendiri demi menghargai sokongan penyokong kami selama ini," katanya.

Selangor dan Kedah pernah bertemu pada final pada tahun 2008 yang memihak  3-2 kepada Kedah.

Selangor, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain