suria

Tiket Final Piala Malaysia Dijual Sehari Sahaja - KFA

Pemangku jurulatih Kedah, Ramon Marcote (tengah) memantau sesi latihan pemain menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Selasa. Kedah akan bertemu dengan Selangor bagi merebut Piala Malaysia, Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia hanya akan dijual sehari sahaja iaitu pada Khamis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar.

Beliau berkata empat kaunter akan dibuka di Stadium Darulaman bermula 10 pagi, termasuk satu kaunter khas untuk golongan wanita.

KFA katanya yang akan menyelia sendiri jualan tiket telah diperuntukkan 30,000 tiket daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Setiap tiket dijual dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Beliau berkata kuota untuk KFA dan ahli gabungan sebanyak 4,000 tiket; kuota bas (150 bas) sebanyak 6,000 dan jualan kaunter 20,000.

Shaharol berkata pembelian untuk kuota bas adalah berdasarkan yang dahulu didahulukan dan permit bas serta salinan kad pengenalan wakil sewaktu penebusan tiket, wajib dikemukakan. - BERNAMA

KFA, tiket final

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain