suria

Van Gaal Sedia Letak Jawatan Jurulatih Man United

LOUIS van Gaal sedia meletak jawatan sebagai jurulatih Manchester United jika pemain enggan memberi kerjasama dan tidak menerimanya lagi.

Hal ini kerana, Van Gaal mendakwa, sebagai jurulatih dia memerlukan kerjasama rapat dengan pemain dan ahli lembaga pengarah kelab itu.

Van Gaal sebelum ini pernah menghadapi masalah sama ketika memimpin Barcelona dan Ajax selain isu itu hampir menimpanya ketika di AZ Alkmaar.

Jurulatih kelahiran Belanda itu berkata, dia tidak mempunyai masalah di United ketika ini walaupun Wayne Rooney dan Michael Carrick menyuarakan kebimbangan mengenai kaedah latihan yang digunakan.

Bagaimanapun, Van Gaal memberi jaminan untuk meletak jawatan sekiranya tidak mendapat kepercayaan daripada pemain selepas ini.

"Perkara penting sekali bagi saya ialah perhubungan rapat dengan pemain dan kakitangan.

"Selagi mendapat kerjasama di sini, saya akan terus memberi yang terbaik dalam tugas ini," jelasnya.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain