suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Tertinggi Fifa Terima Rasuah £6.6 Juta

BIRO Siasatan Persekutuan (FBI) mengesan seorang pegawai tertinggi Fifa menerima rasuah sebanyak £6.6 juta untuk memberi undian kepada Afrika Selatan bagi penganjuran Piala Dunia 2010.

Individu yang didakwa menerima rasuah itu dilaporkan tidak terdiri daripada kumpulan 'konspirasi 17' yang telah disenaraikan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Pembayaran rasuah itu dibuat sebanyak tiga kali kepada bekas Naib Presiden Fifa, Jack Warner.

Skandal rasuah itu terbongkar selepas pihak penyiasat merakam keterangan daripada 16 pegawai yang ditahan berikutan aktiviti memalukan dalam arena sukan nombor satu dunia itu.

Dua lagi naib presiden Fifa iaitu Alfredo Hawit dan Juan Angel turut dinamakan dalam kumpulan penerima rasuah bagi penganjuran Piala Dunia.

Kedua-dua mereka telah digantung oleh Fifa selama 90 hari sementara siasatan dijalankan.

Kedua-dua pegawai tertinggi itu ditahan pihak berkuasa pada Khamis kerana didakwa menerima rasuah bernilai jutaan dolar Amerika.

Fifa, Amerika Syarikat

Artikel Berikut

Artikel Lain