suria

PSG Tewaskan Nice 3-0, Terus Pertahan Misi Juarai Ligue 1

Pemain Edinson Cavani (kiri) semasa membuat jaringan pada perlawanan Ligue 1 antara Paris Saint-Germain dan Nice di Stadium "Allianz Riviera", Nice di tenggara Perancis, awal pagi Sabtu. Foto AFP

MISI Paris Saint-German (PSG) untuk terus menjulang kejuaraan Ligue 1 masih belum dapat dihalang oleh mana-mana pencabarnya setakat ini.

Kelab itu yang menjadi pasukan tamu di kubu Nice di Stadium "Allianz Riviera", tenggara Perancis pada awal pagi Sabtu mencatatkan kemenangan dengan 3-0.

Keputusan tersebut menjadikan mereka semakin jauh dengan pesaing-pesaing lain untuk merebut gelaran itu apabila PSG mengumpul 45 mata.

Pesaing terdekat iaitu Caen dan Angers, di tangga kedua dan ketiga masing-masing meraih 29 dan 27 mata.

Nice yang merupakan pasukan tuan rumah dalam perlawanan pada awal pagi Jumaat menduduki tangga kelima dengan 25 mata.

PSG semakin dekat dengan gelaran juara buat kali keempat secara berturut-turut atau yang keenam dalam sejaranya di Ligue 1.

Tiga gol PSG dicatatkan oleh Edinson Cavani yang membuat jaringan pembukaan pada minit ke-35.

Zlatan Ibrahimovic pula mencatatkan rekod apabila meraih dua jaringan.

Gol pertama Ibrahimovic diraih sebelum permainan memaski babak kedua manakala gol ketiga selepas memanfaatkan umpan Angle di Maria.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain