suria

Kejohanan Berpasukan Lelaki Persekutuan Squasy Sedunia 2015 Ditunda

KUALA LUMPUR: Kejohanan Squasy Berpasukan Lelaki Sedunia 2015 yang dijadual berlangsung lewat bulan ini di Kaherah, telah ditunda.

Menurut kenyataan akhbar Persekutuan Squasy Sedunia (WSF), Persekutuan Squasy Mesir (ESF) selaku hos, memberitahu WSF pada Jumaat tentang keputusan itu berikutan tindakan beberapa pasukan menarik diri dan kebimbangan beberapa pihak tentang masalah keselamatan.

Presiden ESF Assem Khalifa dilaporkan berkata, pihaknya prihatin terhadap hasrat beberapa pasukan yang tidak akan menyertai kejohanan itu atas sebab-sebab tersendiri; dengan itu ESF memutuskan untuk menunda kejohanan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Malaysia adalah antara negara yang telah mengesahkan penyertaan.

Mesyuarat Refri WSF yang dijadual diadakan sebelum kejohanan turut ditunda.

Squasy

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain