suria

Neville Hanya Berunding Dengan Ferguson Selepas Terima Tawaran Valencia

Gary Neville (kanan) dan Sir Alex Ferguson.

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville mendedahkan bahawa beliau berunding dengan Alex Ferguson mengenai jawatan jurulatih Valencia hanya selepas menerima tawaran itu.

Neville dilantik di Mestalla pada Rabu mengenai perjanjian itu sehingga akhir musim, tetapi tidak mendapatkan nasihat daripada individu yang merupakan pengurus sepanjang kerjayanya di Manchester United.

Beliau yang juga bekas pemain pertahanan England itu berkata: "Saya tidak berunding dengan Sir Alex Fergudon terlebih dahulu, saya mengambil keputusan saya sendiri tetapi telah bercakap dengan beliau beberapa hari lalu. Perbualan kami baik, beliau memberikan kata-kata sokongan. Bukan beliau sahaja, saya juga bercakap Roy Hodgson dan jurulatih-jurulatih Liga Perdana Inggeris lain yang mempunyai pengalaman di luar negara.

"Saya bodoh kalau tak ambil nasihat mereka," katanya.

Neville menjadi penolong di bawah pengurus England, Hodson semasa pasukan Three Lions berjaya melayakkan diri pada Euro 2016 dan beliau mendedahkan bekas pengurus Liverpool itu merupakan individu di sebalik keputusannya untuk meneruskan kerjayanya di La Liga Sepanyol.

"Bila saya bercakap dengan Roy, beliau begitu bersemangat dan memberi sokongan, dan saya mendapat inspirasi daripada perbualan itu," katanya.

"Beliau faham peluang tersebut dan memberikan sokongan penuh kepada saya supaya melakukannya. Beliau di belakang saya 100 peratus," katanya.

Jurulatih Inggeris tidak begitu dikenali dengan pencapaian yang berjaya di luar negara, namun Neville percaya terdapat contoh yang positif boleh diikuti.

Beliau berkata, Sir Bobby Robson, Roy Hodgson dan Terry Venables berjaya di luar negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain