suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yaya Toure Terlepas Hukuman Larangan Memandu

BINTANG Manchester City, Yaya Toure terlepas daripada hukuman larangan memandu selepas mahkamah majistret hanya mengenakan denda di atas pertuduhan memandu melebihi had laju di lebuh raya.

Beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Toure bagaimanapun diberikan penalti enam mata kepada lesen memandunya.

Kesalahan pemain kebangsaan Ivory Cost yang memandu dengan kelajuan 160 kilometer sejam melebihi had laju di lebuh raya itu dirakamkan pada 20 Mei lalu.

Pemain tengah yang dilaporkan meraih pendapatan £220,000 (RM1.4 juta) seminggu bagi Liga Perdana Inggeris itu mengaku bersalah memandu melebihi had 110 kilometer sejam.

Beliau didenda £1,665 (RM10,601) tidak termasuk kos lain. - MAIL ONLINE

Artikel Lain