suria

Pasukan JDT Ucap Takziah Kemangkatan Tunku Laksamana Johor

PETALING JAYA: Pasukan Johor Darul Ta'zim mengucapkan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada Sabtu malam.

Status ucapan takziah dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Sabtu malam.

"Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015. 

"Ucapan tulus ikhlas dari pasukan Johor Darul Ta'zim, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Southern Tigers Sdn Bhd dan para penyokong Harimau Selatan. Al-Fatihah". 

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah akibat penyakit kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.

Artikel Sebelum

Artikel Lain