suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Legenda Man United, Gary Neville Dilantik Jurulatih Valencia

BEKAS pertahanan Manchester United dan England, Gary Neville dilantik sebagai ketua jurulatih Valencia pada Rabu.

Dengan pelantikan itu, Gary kini akan dibantu oleh adiknya iaitu Phil Neville yang dilantik sebagai penolong jurulatih sejak Julai lalu.

Gary dan Phil ketika mewakili Man United.

Gary, 40, yang juga penolong jurulatih England akan terus memainkan peranan untuk skuad kebangsaan negaranya.

Pemilik Valencia yang merupakan warga Singapura iaitu Peter Lim adalah rakan kongsi Gary di kelab kerdil England, Salford City.

Sebaik sahaja dilantik sebagai jurulatih, Gary berkaya, "saya teruja kerana telah diberi peluang oleh Valencia.

"Valencia merupakan sebuah kelab bola sepak terbesar dan saya akan berusaha merealisasikan hasrat dan semangat penyokong," jelasnya.

Dengan menerima jawatan penting itu, Gary bertindak meletak jawatan sebagai pengulas bola sepak bagi Sky Sports dengan serta-merta.

Sementara itu, bekas jurulatih Manchester United, Sir Alex Ferguson menyifatkan pelantikan itu satu tindakan dan pilihan tepat.

Ferguson yang disifatkan sebagai guru kepada Gary berkata, bekas anak didiknya itu mempunyai sifat kepimpinan dan rajin.

Malah Ferguson percaya Gary mampu dilantik sebagai ketua jurulatih England jika dia mampu memberikan yang terbaik kepada Valencia.

Valencia, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain