suria

Liverpool Tewaskan Southampton 6-1, Mara Ke Saingan Separuh Akhir

Aksi Divock Origi semasa menjaringkan gol buat Liverpool ketika menentang Southampton dalam saingan Piala Liga Inggeris di St Mary, Southampton pada awal pagi Khamis. Foto Reuters

LIVERPOOL mara ke perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris atau Piala Capital One selepas menewaskan Southampton dengan 6-1 di St Mary, Southampton pada awal pagi Khamis.

Enam gol Liverpool hasil aksi pemain Daniel Sturridge pada minit ke-26 dan 29, Divock Origi (45', 68', 86') dan Jordon Ibe (73'). 

Gol tunggal Southamption dicatatkan oleh Sadio Mane pada minit pertama.

Mane menerima umpan silang daripada Ryan Bertrand dan tandukan padu tidak dapat ditangani oleh penjaga gol Liverpool, Adam Bogdan.

Bagaimanapun, Liverpool mampu menyamakan kedudukan menerusi gol Sturridge pada minit ke-26 menerusi tendangan jarak dekat.

Hanya berselang tiga minit, Sturridge kembali mempamerkan aksi menerusi umpan daripada Enren Can menerusi tendangan membolosi gawang Southampton.

Liverpool berjaya memperbesarkan kedudukan menjadi 3-1 pada babak pertama, dengan gol ketiga dihasilkan oleh Divock Origi.

Pada babak kedua, Liverpool semakin agresif melancarkan serangan menerusi tiga jaringan yang dihasilkan Origi.

Ibe pula menonjolkan prestasinya dalam membuat jaringan dalam beberapa minit berselang dengan tiga gol Origi.

Kemenangan dalam perlawanan suku akhir itu membawa Liverpool untuk berhadapan dengan Stoke City dalam saingan separuh akhir.

Sementara itu, Everton yang menundukkan Middlesbrough menerusi skor 2-0 akan bertembung dengan Manchester City dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Lain