suria

Tidak Penyokong Bola Sepak Luar Perancis Sehingga Pertengahan Disember

PENYOKONG luar dilarang daripada menyaksikan beberapa perlawanan bola sepak terkemuka di Perancis sehingga pertengahan Disember ekoran negara itu berada dalam keadaan cemas dan berjaga-jaga selepas Paris diserang dan menjelang Sidang Kemuncak Iklim yang akan datang.

"Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan perintah melarang peminat dari pasukan luar untuk perlawanan pusingan ke-15 Ligue 1 dan perlawanan pusingan ke-16 Ligue 2, hujung minggu ini," kata Liga Perancis (LFP) dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Satu lagi perintah, dengan peruntukan yang sama, akan dikeluarkan tidak lama lagi mengenai pusingan ke-16, ke-17,  ke-18 Ligue 1, pusingan ke-17 dan ke-18 Ligue 2, pusingan kelapan Piala Perancis dan pusingan Liga Europa ( 8 dan 10 Disember).

"Keputusan-keputusan ini adalah wajar disebabkan kekurangan pasukan polis dalam tempoh kecemasan dan penganjuran COP21 (Sidang Kemuncak Iklim)," kata kenyataan tersebut.

Perancis berada dalam keadaan darurat sejak serangan terancang oleh kumpulan militan Negara Islam di bar, restoran, dewan konsert dan stadium bola sepak di Paris membunuh 130 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 350 yang lain.

Sidang Kemuncak Iklim akan diadakan di ibu negara Perancis dari 30 November-Disember 11.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain