suria

Sarawak Masih Berpeluang Lakukan Kejutan Ke Atas Selangor - Jurulatih

Aksi Selangor dan Sarawak pada pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia pada Selasa.

KUCHING:  Sarawak masih berpeluang melakukan kejutan keatas Selangor pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Keyakinan itu dilahirkan jurulatih sementaranya David Usop, dengan syarat pemain Skuad Bujang Senang mampu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah sehingga gawang dibolosi pihak lawan. 

"Jangan lakukan kesilapan sepertimana yang berlaku malam ini ... apa-apa punsaya tidak menyalahkan pemain-pemain" katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Negeri Petra Jaya Selasa malam yang menyaksikan Sarawak tumpas 1-2 kepada Selangor.

David berkata skuad Bujang Senang akan menggunakan tempoh tiga hari sebelum perlawanan timbal balik itu untuk mengkaji serta memperbaiki kesilapan yang berlaku malam tadi agar tidak berulang pada Sabtu ini.

Beliau turut membayangkan menurunkan barisan terbaik pada Sabtu ini memandangkan semua pemainnya bebas daripada kecederaan.

Sarawak, Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain