suria

Cristiano Ronaldo Mahu Kekal Di Real Madrid

MANCHESTER United telah diberitahu bahawa mustahil untuk Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford kerana pemain itu ingin mengakhiri kariernya di Real Madrid.

Jurulatih United, Louis Van Gaal pada Sabtu mendakwa kelab itu akan cuba mendapatkan Ronaldo yang merupakan pemain terbaik dunia.

Bagaimanapun pada Isnin, ejen bintang Portugal itu, Jorge Mendes mengakui bahawa Ronaldo ingin kekal di Real.

Pengakuan Mendes itu juga bermakna Ronaldo menang dalam 'peperangan' antara dia dengan jurulatih Real, Rafael Benitez.

Ronaldo didakwa memberi pilihan kepada Real supaya memilih dirinya atau Benitez untuk kekal di kelab itu selepas pasukan berkenaan tewas kepada Barcelona pada Ahad lalu.

Benitez merupakan jurulatih sementara di Real dan hanya ditawarkan kontrak selama setahun.



Real Madrid, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain