suria

Claudio Ranieri Sedia Bertemu Musuhnya, Louis Van Gaal

PENGENDALI Leicester, Claudio Ranieri mendakwa kejayaan yang diperolehi beliau setakat ini berjaya menghapuskan 'tragedi Greece' yang hampir memusnahkan kariernya.

Ranieri menempuh tempoh sukar dalam kariernya sebagai jurulatih apabila dipecat sebagai pengendali Greece apabila skuad negara berkenaan tewas memalukan kepada Faroe Island.

Mimpi ngeri itu menimpa jurulatih berkenaan selepas beliau meninggalkan Chelsea.

Bagaimanapun sejak membimbing Leicester pada musim ini, Ranieri berjaya membawa kelab berkenaan ke persada Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, dia juga sedia bersemuka dengan Louis van Gaal bagi meneruskan permusuhan lama ketika Manchester United bertandang ke Stadium King Power hujung minggu ini.

Jurulatih berusia 64 tahun itu mendakwa dia kini gembira di Leicester dan sedia berhadapan skuad bimbingan Van Gaal.

Malah dia juga sedia memalukan anak didik Van Gaal yang kini menghuni kedudukan kedua liga.

Manchester United, Leicester

Artikel Sebelum

Man City 'Pancing' Isco

Artikel Berikut

Artikel Lain