suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Terpaksa Lupakan Khidmat Philippe Coutinho

PHILIPPE Coutinho yang dilapor mengalami kecederaan ringan bimbang selepas diberitahu bahawa sedang menghadapi masalah hamstring.

Pemain tengah Liverpool itu menjadi watak penting dalam mencipta kemenangan 4-1 ke atas Manchester City pada Ahad dan Jurgen Klopp menyangka Coutinho hanya mengalami kekejangan ketika di atas padang.

Tetapi dalam pemeriksaan pasukan perubatan di Melwood pada Isnin mendapati dia mengalami hamstring dan memerlukan rawatan susulan.

Berikutan itu, Klopp dijangka terpaksa melupakan khidmat Coutinho dalam saingan Liga Europa menentang Bourdeaux pada Khamis.

Lebih malang buat Liverpool, pemain tengah Brazil berkenaan mungkin perlu direhatkan lebih lama iaitu sehingga ke akhir musim ini jika kecederaan yang dialami pemain itu serius.



Liverpool, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain