suria

Tiga Mata Amat Bermakna Untuk Chelsea - Terry

KAPTEN Chelsea, John Terry berharap kemenangan 1-0 ke atas Norwch ketika aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu malam mampu menghidupkan kembali persaingan musim ini.


Pasukan juara bertahan itu hanya mencatat empat kemenangan daripada 13 perlawanan liga musim ini, dan tiga mata yang dicatat di Stamford Bridge ini telah membawa skuad kendalian Jose Mourinho merangkak ke tangga ke-15 liga.

Terry menyeru kepada rakan sepasukannya agar menggunakan peluang kemenangan ini untuk kembali bangkit mencatat keputusan lebih baik menjelang perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Maccabi Tel Aviv pada Selasa, diikuti Tottenham, Bournemouth, Porto, Leicester, Sunderland, Watford dan Manchester United sebelum berakhir tahun 2015.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan itu dan melalui sedikit ada kelegaan selepas mengutip tiga mata.

“Kami perlu mengekalkan rentak konsisten untuk mencatat kemenangan dan membaiki kedudukan liga.

“Saya yakin kami boleh melakukannya sekarang dan berharap mampu meraih kemenangan pada Selasa ini,” jelasnya kepada Chelsea TV.

Prestasi The Blues dalam saingan liga musim ini begitu hambar, namun mereka berpeluang ke peringkat pusingan kedua (kalah mati) Liga Juara-Juara jika menang di Israel dan jika Porto menewaskan Dynamo Kiev.

Chelsea berada di kedudukan kedua Kumpulan G Liga Juara-Juara dengan kekurangan 3 mata di belakang Porto yang mengutip 10 mata, manakala Dynamo Kiev di tempat ketiga (5 mata) dan Maccabi Tel Aviv tanpa sebarang mata.


Chelsea, john terry, kapten

Artikel Berikut

Artikel Lain