suria

Jelajah ATP Dunia Akhir: Federer Mara Ke Final Bertemu Djokovic

ROGER Federer berada di landasan terbaik untuk mengulangi rekod kejuaraan Jelajah ATP Dunia Akhir selepas menewaskan Stanislas Wawrinka pada pusingan separuh akhir awal pagi Ahad.

Jaguh tenis Switzerland itu meneruskan rentak menarik dengan mengambil masa 77 minit menewaskan rakan senegaranya 7-5 6-3.

Perlawanan akhir menyaksikan Federer bakal bertemu pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic yang turut mencatat kemenangan 6-3 6-3 ke atas Rafael Nadal sebelum ini. 

"Satu perlawanan yang memuaskan, dan saya sangat gembira. 

"Tetapi ia hanya satu penutup  yang sempurna jika saya menang aksi akhir ini. Novak perlu disingkirkan sekarang. Saya memang serius. 

"Dia mempamerkan aksi menarik ketika bertemu Rafael Nadal sebelum ini dan saya jangkakan perlawanan akhir pada Ahad akan lebih menakjubkan," jelas Federer yang kini menghuni ranking ketiga dunia.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pukul 2 pagi Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Lain