suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez Bantu Barca Benam Real Madrid 4-0

LUIS Suarez meneruskan rentak cemerlang dengan membantu Barcelona membelasah Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi Ahad sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam saingan La Liga Sepanyol.

Barca membuktikan tanpa kehadiran bintang utamanya, Lionel Messi yang berada dibangku simpanan kerana mengalami kecederaan, mereka mampu menjinakkkan Real Madrid dengan jaringan awal Suarez seawal minit ke-11 sebelum Neymar menggandakan jaringan pada minit ke-39.

Bekas pemain Liverpool itu sekali lagi meledak gol minit ke-74 selepas Andres Iniesta melengkapkan gol ketiga pada minit ke-53.

Kemenangan tersebut menjadikan Barca kelebihan 6 mata di hadapan Real Madrid.

"Kami perlu dipersalahkan dengan keputusan ini. Ia sangat mengecewakan, namun kami perlu bangkit kerana masih ada lagi peluang untuk menang," jelas pengurus Real, Rafael Benitez.

Artikel Lain