suria

Klopp Terus Kempunan Kemenangan Pertama Bersama Liverpool

Klopp menenangkan pemainnya pada akhir perlawanan.

JURGEN Klopp terpaksa menunggu lebih lama untuk melakar kemenangan pertama sebagai pengurus Liverpool selepas pasukan tersebut terikat seri 1-1 dengan Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Isnin.

Liverpool berada di depan pada minit ke-77 menerusi jaringan Christian Benteke yang menanduk masuk hantaran James Milner.

Namun, Sadio Mane memusnahkan impian pasukan tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh apabila menjaringkan gol penyamaan untuk Southampton ketika perlawanan berbaki empat minit.

Mane bagaimanapun di perintah keluar padang pada masa kecederaan selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Bagaimanapun, The Reds sudah terlambat untuk mencari gol kemenangan.

Liverpool kini sekadar mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan di bawah bimbingan Klopp.

Selepas keputusan seri itu, anak buah Klopp menduduki tangga kesembilan dengan 14 mata.

Senarai Pemain:

SOUTHAMPTON (4-3-3): Stekelenburg; Cedric, Fonte, Van Dijk, Bertrand; S. Davis, Wanyama, Clasie; Tadic, Pelle, Mane.

LIVERPOOL (4-3-2-1): Mignolet; Clyne, Skrtel, Sakho, Moreno; Milner, Lucas, Can; Lallana, Coutinho; Origi.

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Lain