suria

United, Man City Sekadar Seri 0-0

MANCHESTER: Manchester City kembali menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terikat seri 0-0 dengan musuh utamanya, Manchester United di Old Trafford, awal pagi Isnin.

Keputusan seri itu menyaksikan City mengutip 22 mata daripada 10 perlawanan setakat ini.

United pula kekal di kedudukan keempat, ketinggalan dua mata di belakang Man City dan Arsenal.

Walaupun pasukan tuan rumah dilihat lebih menguasai permainan, tiada percubaan berbahaya berjaya ditampilkan United.

United nyaris memecah kebuntuan pada minit kecederaan menerusi pemain gantian, Jesse Lingard apabila percubaannya terkena palang Man City.

Man City yang menang enam daripada lapan pertembungan tetangga sebelum ini juga turut menemui jalan buntu untuk membolosi benteng pertahan United.

Untuk rekod, pertembungan di Old Trafford adalah yang ke-170 buat kedua-dua pasukan itu.

Dalam perlawanan berasingan, Tottenham Hotspurs menang besar 5-1 ke atas Bournemouth dibantu dengan hatrik penyerang, Harry Kane.

Begitupun, Bournemouth yang buat pertama kali beraksi dalam aksi Liga Perdana Inggeris mengejutkan pelawat apabila menjaringkan gol pendahuluan seawal minit pertama permainan menerusi Matt Ritchie.

Spurs kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi Kane yang menyempurnakan penalti pada minit kelapan.

Mousa Dembele dan Erik Lamela meletakkan Spurs di kedudukan selesa 3-1 pada penghujung babak pertama sebelum Kane melengkapkan hatriknya bermula dengan jaringan pada minit ke-56 dan 63 perlawanan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain