suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muncul Juara GP AS, Hamilton Rangkul Gelaran Dunia Ketiga

Hamilton merangkul gelaran dunia buat kali ketiga berturut-turut.

LEWIS Hamilton merangkul gelaran dunia buat kali ketiga selepas muncul juara Grand Prix Amerika Syarikat (AS) di Austin, awal pagi Isnin.

Hamilton menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 1 jam 50'52.703 saat.

Pelumba berusia 30 tahun itu menjadi warga British pertama untuk memenangi kejuaraan dunia berturut-turut.

Malah, beliau juga menjadi pelumba pertama memenangi 10 atau lebih perlumbaan dalam satu musim.

Rakan pasukan Hamilton, Nico Rosberg yang bermula di petak pertama, menamatkan saingan di tempat kedua dengan 1 jam 50'52.850 saat.

Sementara itu, pemandu Ferrari Sebastian Vettal sekadar menduduki tempat ketiga selepas menamatkan perlumban dengan catatan masa 1 jam 50'53.381 saat.

Pada perlumbaan itu, Hamilton hanya perlu mengatasi Vettel dengan sembilan mata dan Rosberg dua mata untuk merangkul gelaran dunia tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain