Chelsea Akan Pecat Jose Mourinho - Sukan | mStar

Chelsea Akan Pecat Jose Mourinho

CHELSEA dilapor sedia melepaskan jurulatihnya, Jose Murinho selepas pasukan itu tewas lagi dan kali ini kepada West Ham pada Sabtu.

Selepas tiga minggu memberi sokongan kepada Mourinho, pemilik Chelsea, Roman Abramovich kini dilapor telah memanggil ahli lembaga pengarah kelab itu untuk membincangkan mengenai kedudukan jurulatih tersebut.

Mourinho dikatakan diberi peluang terakhir untuk menyelamatkan kedudukannya ketika Chelsea turun menentang Stoke dalam saingan Piala Capital one pada minggu ini jika enggan dipecat.

Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Portugal itu tewas enam kali dalam 15 perlawanan musim ini walaupun berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Selain itu, dia juga dibayangi pelbagai kontroversi seperti pergaduhan dengan doktor pasukan dan didenda oleh FA England kerana mengkritik pengadil perlawanan.

Bagi menggantikan Mourinho, Chelsea dilapor telah menghubungi bekas jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti yang pernah membimbing skuad berkenaan dan menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, antara jurulatih yang berada dalam radar Chelsea ialah Guus Hiddink, Pep Guardiola dan Diego Simeone.

Chelsea , Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain