suria

KPT Sasarkan Atlet Cemerlang Akademik

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang dalam bidang akademik pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, setiap atlet bukan sahaja perlu aktif dan mahir dalam bidang sukan tetapi harus cemerlang dalam kursus yang diambil.

"Kami inginkan atlet yang bukan hanya hebat dalam bidang sukan tetapi kami mahukan mereka juga cemerlang dalam bidang akademik," katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Inistitutusi Pengajian Tinggi (IPT)2015, di sini, Selasa.

Pada majlis tersebut, pemberian insentif dan penghargaan kepada atlet yang telah terlibat dalam tiga pertandingan peringkat antarabangsa iaitu World University Championship (WUC) 2014, Asean University Games (AUG) 2014 dan World University Games (Universiade ) 2015.

Pemberian insentif kepada 196 atlet tersebut bertujuan untuk memberikan penghargaan kerana telah mengharumkan nama KPT negara di arena sukan antarabangsa.

"Insentif yang diberikan ini adalah sebagai pendorong kepada atlet untuk terus cemerlang dalam sukan dan juga bidang akademik," jelasnya.

Idris turut mengulas tentang pencapaian atlet negara dalam sukan antarabangsa yang memberangsangkan terutama dalam sukan memanah compound wanita negara yang memenangi 1 pingat emas di AUG 2014, Palembang dan 1 pingat perak di WUC 2014.

Tidak ketinggalan, kejayaan atlet renang negara, Khoo Cai Lin yang juga merupakan atlet paling cemerlang di AUG 2014, Palembang, Indonesia dengan memenangi dua emas, dua perak dan satu gangsa.

"Kejayaan atlet-atlet ini memperlihatkan segala perancangan KPT dalam memartabatkan pencapaian sukan di IPT masih di landasan yang cemerlang," tambahnya lagi.


KPT, Universiade

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain