suria

Hari Sukan Negara: 17,000 Acara Sukan Bermula Pagi Sabtu

SHAH ALAM: Hari Sukan Negara yang diadakan buat julung kalinya dilancarkan secara rasmi di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada pagi Sabtu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, lebih 17,000 acara diadakan sempena Hari Sukan Negara itu yang turut berlangsung di seluruh pelusuk tanah air hari ini.

Menurutnya, Hari Sukan Negara yang akan disambut setiap hari Sabtu pertama Oktober bukan sekadar untuk mencari bintang sukan negara tetapi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.

"Saya sudah bosan tengok pasukan bola sepak kebangsaan kalah 10-0 dan bosan apabila sekian lama atlet kita belum memenangi pingat emas Sukan Olimpik," katanya ketika berucap di hadapan lebih kurang 5,000 pelajar dan orang ramai yang hadir di sini.

Hari Sukan Negara yang pertama ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beberapa acara yang dianjurkan di sini termasuk acara dua kilometer Fun Walk dan senaman bersama Fitness First.


Hari Sukan Negara, UiTM, Shah Alam

Artikel Sebelum

Artikel Lain