suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Sedia Bida Semula Marquinhos, Stones

CHELSEA dilaporkan sedang bersiap-sedia untuk membuat bidaan semula bagi mendapatkan pertahanan Everton, John Stones pada Januari ini.

Selain itu, The Blues juga dilapor akan mendapatkan Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih besar.

Tindakan itu dikatakan satu langkah terdesak Chelsea dalam membantu Jose Mourinho menguatkan semula barisan pertahanan kelab berkenaan yang rapuh sejak permulaan Liga Perdana Inggeris  musim ini.

Dengan adanya barisan pertahanan berkenaan, Mourinho berjanji mampu membawa kelab berkenaan ke kelompok empat teratas liga selepas menjuarainya pada musim lalu.

Pada awal musim lalu, bidaan Chelsea untuk mendapatkan Marquinhos dan Stones gagal apabila permohonan mereka ditolak.

Chelsea, PSG

Artikel Lain