suria

Euro 2016: England Atasi Estonia, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Walcott menjaringkan gol pembukaan untuk England.

THEO Walcott dan Raheem Sterling masing-masing menjaringkan satu gol untuk membantu England menewaskan Estonia 2-0 pada aksi kelayakan Euro 2016 di Stadium Wembley, awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan England mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi kelayakan itu.

Ketika kedua-dua pasukan beraksi hambar pada awal permainan, Walcott mengamatkan stadium dengan menjaringkan gol pertama untuk England pada minit ke-45.

Namun, Estonia melakukan beberapa asakan tetapi gagal menemui penyudah berbisa.

Harry Kane turut terlepas peluang untuk menambah koleksi jaringannya untuk England.

England terus mendahului dengan selesa apabila Sterling menjaringkan gol kedua  pada minit ke-85.

Ini adalah kali pertama England memenangi 11 perlawanan kelayakan Piala Dunia/Euro berturut-turut.

England akan berlepas ke Lithuania pada aksi kelayakan terakhir pada Isnin ini.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan berasingan, Switzerland menempah tiket ke kejohanan akhir Euro 2016 selepas menang besar 7-0 ke atas San Marino.

Menerusi kemenangan itu, Switzerland kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E.




England, Euro 2016, Switzerland

Artikel Berikut

Artikel Lain