suria

Stones Terkeluar Saingan Kelayakan Euro 2016

LONDON: Pemain pertahanan England, John Stones diketepikan daripada dua perlawanan akhir kelayakan Euro 2016 akibat kecederaan yang dialaminya, demikian menurut kenyataan persatuan bola sepak itu pada Selasa.

Stones yang duduk di luar padang ketika Everton menentang Liverpool pada Ahad lalu kerana kecederaan lutut akan terlepas perlawanan menentang Estonia di Wembley pada hari Jumaat dan di Lithuania pada Isnin depan.

England sudah dijamin tempat teratas dalam Kumpulan E dan akan menamatkan pertandingan pusingan kelayakan dengan rekod 100 peratus jika mereka menang baki dua lagi perlawanan itu.

Sehubungan itu pemain Tottenham Hotspur Kyle Walker, Andros Townsend segera dipanggil menyertai skuad kendalian Roy Hodgson tersebut.

John Stones

Artikel Sebelum

Artikel Lain