suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Rindu Aksi 'Berduet' Dengan Rooney

Ronaldo (kanan) memeluk Rooney ketika mereka beraksi bersama di Manchester United sebelum ini.

CRISTIANO Ronaldo mendedahkan perasaan rindunya untuk beraksi bersama-sama penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Rooney dan Ronaldo pernah bergandingan bersama di United beberapa tahun lalu sebelum pemenang Ballon d'Or itu bertukar angin ke Real Madrid pada tahun 2009.

Lebih manis, gabungan dua pemain ini menyaksikan Ronaldo berjaya merangkul gelaran Ballon d'Or buat kali pertama dan Rooney banyak membantunya pada tahun 2008.

Malah Ronaldo sangat memuji bekas rakan sepasukannya ini ketika dokumentari mengenai bekas pemain Everton itu yang bertajuk "Rooney :The Man Behind The Goals."

"Kuasa yang ada pada Wayne Rooney adalah mentaliti dan kekuatannya, malah dia tidak pernah berhenti," jelas Ronaldo.

"Dia seorang pemain yang menakjubkan dan turut menjaringkan gol. Kami menang setiap trofi - Liga Perdana, Piala Carling dan Liga Juara-Juara.

"Rooney banyak menolong saya ketika dia mula menyertai Manchester. Saya rindu untuk beraksi dengannya. Mungkin satu masa nanti kami akan bermain bersama-sama lagi.

"Saya perlu ucapkan tahniah kepada dia. Saya tahu bagaimana sukarnya untuk menjadi pemain nombor satu".

Ronaldo menyertai United dari Sporting Lisbon pada tahun 2003 sebelum Rooney tiba setahun kemudian.

Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain