suria

LPGA: Shanshan Mahu Ulangi Penampilan Terbaik

KUALA LUMPUR: Juara bertahan dan pemain nombor tujuh dunia, Feng Shanshan dari China mahu satu lagi penampilan bermakna di kejohanan LPGA (Persatuan Golf Profesional Wanita) Malaysia Sime Darby yang membuka tirainya Khamis ini.


Shanshan berkata sebagai penyandang juara, beliau mahu mempertahankangelaran itu sambil mengekalkan penampilan hebatnya di kejohanan berkenaan.

"Sewaktu latihan di lapangan, saya cuba mengingati memori indah padakejohanan lalu.

"Tahun ini agak berbeza sedikit kerana saya adalah juara bertahan tetapisaya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Saya cuma mahu menikmati permainan minggu ini seperti kebiasaannya.

"Saya mempunyai rekod yang baik beraksi di sini. Menang sekali, satu kali ditempat kedua...dan sejak lima tahun terakhir menyertai kejohanan ini, empat kali saya berada dalam kelompok 10 teratas," kata pemain berusia 26 tahun dari Guangzhou, China itu.

Kejohanan kali ini cukup menarik apabila sembilan daripada kelompok 10 pemain ranking terbaik dunia akan beraksi. Antaranya ialah pemain nombor satu dunia, Park Inbee dari Korea Selatan, Lydia Ko (New Zealand) dan Stacy Lewis (Amerika Syarikat) yang masing-masing menduduki ranking kedua dan ketiga dunia.

Hanya pemain Korea Selatan, In Gee Chun yang juga pemain nombor lapan dunia tidak mengambil bahagian.

Lydia, yang membuat penampilan kedua berturut-turut di sini, berkata lapangan untuk kejohanan itu sangat sesuai dengan corak permainannya tetapi mengakui ia bukan tiket mudah menjuarainya.

"Kejohanan ini menampilkan pemain terbaik. Tiada yang lebih baik daripadaini dan saya pasti banyak perkara hebat akan berlaku di sini.

"Secara peribadi, saya bermain lebih baik apabila mampu berseronok dan adasenyuman di wajah saya. Saya mahu beraksi dengan baik dan menikmatinya,"katanya. Kejohanan yang menawarkan hadiah AS$2 juta (RM8.7 juta) akan dilangsungkandi Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara dari 8-11 Oktober.

Selain 62 pemain dari Jelajah LPGA, 10 pemain jemputan penaja turut akanberaksi termasuk pemain Malaysia seperti Kelly Tan, Ainil Johani Abu Bakar, Cindy Lee-Pridgen, Michelle Koh dan Nur Duriyah Damian. -Bernama

LPGA, Malaysia, Feng Shanshan

Artikel Lain