suria

Rosberg Yakin Boleh Tewaskan Hamilton

Rosberg (kiri) dan Hamilton.

NICO Rosberg mengakui dia tidak akan berputus asa untuk bersaing merebut gelaran dunia Formula Satu (F1) dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

Pelumba Mercedes yang meraih tempat kedua di Jepun baru-baru ini cuba untuk merapatkan jurang 48 mata dengan juara bertahan Hamilton (277 mata) dengan berbaki lima pusingan perlumbaan.

Pasukan Mercedes kini mendahului Ferrari dengan 169 mata bagi kategori pengeluar.

"Saya tidak akan berputus asa dan dalam fikiran saya ia belum berakhir," jelas Rosberg yang mendahului 11 mata daripada Sebastian Vettel (ketiga).

Bagaimanapun Rosberg berkata, perbezaan mata dengan Hamilton agak jauh ketinggalan.

"Secara keseluruhannya prestasi pasukan musim ini amat luar biasa. Saya mempunyai jentera yang diingini dan yakin boleh membawa saya ke langkah seterusnya," tambah Rosberg yang bakal bersaing pada Grand Prix Rusia hujung minggu ini.

Tahun lalu, ketika aksi GP Rusia, Hamilton berjaya mengatasi Rosberg dan kemenangan itu sekaligus meletakkan Mercedes meraih kedudukan teratas pengeluar keseluruhannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Moyes Tolak Tawaran Sunderland

Artikel Lain