suria

Chelsea Tidak Perlu Berangan Dapat Pertahan Kejuaraan EPL

CHELSEA dikatakan tidak perlu lagi berangan untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris pada musim ini selepas aksi buruk yang dipamerkan skuad berkenaan.

Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher berkata, Chelsea kini tidak mampu lagi untuk bersaing mempertahankan kejuaraan musim lalu selepas skuad berkenaan tewas 1-3 kepada Southampton pada Sabtu.

Dengan kekalahan itu, skuad kendalian Jose Mourinho kini menghuni tangga ke-16 liga dengan ketinggalan lebih 10 mata.

"Tanpa ragu-ragu, mereka (Chelsea) kini hanya perlu bersaing untuk kembali ke kedudukan keempat liga untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah," jelasnya.

Selain itu penyokong Chelsea pula mengharapkan pemilik kelab memecat Mourinho bagi memulihkan skuad berkenaan secepat mungkin.

Bagaimanapun Mourinho menegaskan akan hanya melepaskan jawatan jika pemain hilang kepercayaan terhadapnya.

Chelsea, Liverpool

Artikel Lain