suria

Van Gaal Kagum Dengan Aksi Arsenal

LOUIS Van Gaal mengakui kagum dengan aksi Arsenal ketika menewaskan skuadnya 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

"Saya terkejut. Pemain kami tidak melakukan seperti yang telah dirancang, sebab itu kami tidak menang.

"Mereka sepatutnya perlu agresif ketika menentang cabaran daripada Arsenal yang begitu agresif mencari gol," jelas Van Gaal.

Dalam perlawanan itu, Alexis Sanchez menjaringkan gol pertama sebelum Mesut Ozil menjadikan kedudukan 2-0 tidak lama selepas itu.

Dalam tempoh 20 minit aksi panas itu bermula, Sanchez sekali lagi menghukum kelalaian pertahanan United dengan menjaringkan gol ketiga.

"Saya sangat terkejut, menakjubkan - inilah kenyataan lebih baik.

"Bila kamu memberi lebih ruang kepada pasukan seperti Arsenal untuk bertindak, kamu akan kalah.

"Inilah kegagalan untuk menguasai bola. Rentak mereka tidak begitu perlahan tetapi tidak begitu agresif," luah Van Gaal.

Manchester United, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain