suria

Jurgen Klopp Jurulatih Baharu Liverpool?

JURGEN Klopp dilapor telah bersedia untuk mengisi kekosongan jawatan jurulatih di Liverpool selepas Brendan Rodgers dipecat serta-merta pada Ahad.

Berikutan itu, ahli lembaga pengarah kelab tersebut sedang berkira-kira untuk mempercepatkan kehadiran jurulatih baru tersebut sebelum perlawanan seterusnya menentang Tottenham Hotspurs pada 17 Oktober.

Klopp bakal membawa harapan baru kepada Liverpool selepas pemilik kelab berkenaan memecat Rodger selepas mereka seri 1-1 dengan Everton pada Ahad.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Liverpool menyebut, kelab berkenaan telah hilang sabar terhadap  Rodgers dan ingin mencari yang terbaik untuk pasukan tersebut.

Liverpool turut dikritik apabila memecat Rodgers selepas lapan perlawanan dan memberikan dana sebanyak £80 juta pada jendela pemindahan pemain lalu.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Rodgers cuba membangkitkan kepercayaan kelab dengan memberi jaminan mengenai kebangkitan skuad berkenaan.

Namun janji tersebut tidak diambil kira dan dia dipecat serta-merta tanpa sempat memberi alasan lagi.

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain