suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Buat Kerja, Ronaldo Dapat Nama - Ibrahimovic

Rooney (kanan) memeluk Ronaldo yang menjaringkan gol dalam satu perlawanan pada tahun 2009.
ZLATAN Ibrahimovic membuat pendedahan bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan berjaya dalam kariernya tanpa Wayne Rooney.


Ibrahimovic mendedahkan perkara tersebut ketika sesi temubual bagi persiapan dokumentari keempat mengenai Rooney selepas beberapa kisah menarik penyerang Manchester United itu telah dibongkarkan sebelum ini.

“Ketika Cristiano Ronaldo bersama United, semua kerja dilakukan Rooney, tetapi Cristiano yang mendapat nama.

“Dia seorang sahaja yang membuat jaringan, manakala Rooney berlari, berjuang dan banyak membuat pengorbanan untuk pasukan berbanding pemain dari Madeira itu.”

Penyerang Paris St Germain itu berkata, dia pastinya amat gembira jika dapat bermain bersama Rooney satu masa nanti.

“Jika tidak dapat beraksi dengan Rooney, saya mungkin akan menonton dia bermain di kaca televisyen sahaja,” katanya.

Zlatan Ibrahimovic, Ronaldo, Rooney

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain