suria

Terbuka Malaysia: Aksi Pertama Ferrer Bakal Jadi Tumpuan

Ferrer (dua kanan) dan Feliciano Lopez meluangkan masa melawat Hospital Pakar KPJ Damansara Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari menjadi penonton serta memenuhi pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur, pemain No.8 dunia, David Ferrer bakal mempamerkan aksi pertamanya pada Khamis bagi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil.


Bintang tenis Sepanyol itu mendapat bye bagi saingan pusingan pertama, sekaligus memberikannya kelebihan untuk menilai aksi pemain-pemain lain.

Ferrer yang diletakkan selaku pemain pilihan pertama kejohanan bakal bertemu dengan Radek Stepanek dari Republik Czech yang mara ke pusingan ini selepas menewaskan Yuichi Sugita pada pusingan pertama Selasa.

Bekas pemain no.3 dunia ini antara pemain yang setia menyertai kejohanan ATP 250 sejak tahun 2009, namun tuahnya untuk menjulang trofi kejuaraan di Kuala Lumpur.

Namun  Ferrer memberitahu dia tidak pernah berputus asa untuk bergelar juara pada penampilannya yang kelima di sini.

"Saya masih ingat kali pertama saya di Malaysia pada 2009. Saya sentiasa mendapat sokongan daripada peminat.

“Saya tidak pernah mara ke perlawanan akhir di sini. Mungkin saya tidak akan menang (di sini) tetapi saya akan memberikan tentangan hebat.

"Tahap kecergasan saya baik...saya mahu beraksi dua atau tiga tahun lagi. Tahap motivasi saya sama seperti pemain berusia 20 tahun," katanya pada sidang media di sebuah hotel pada Selasa.

Malah juara Terbuka Rio, Terbuka Qatar dan Terbuka Rio tahun ini hampir melangkah ke pentas akhir, namun terkandas di saingan separuh akhir pada tahun 2010 dan 2012.

Berdasarkan rekod pertemuan Ferrer- Stepanek, kelebihan berpihak kepadanya dengan 7-3 dan kali terakhir mereka berentap pada tahun 2012 ketika di Madrid.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain