suria

Piala AFC: Pahang Tewas Kepada Istiklol

Penyerang Pahang Matias Ruben Conti (dua kanan) diasak pemain pertahanan Istiklol FC J Jalilov (belakang) pada perlawanan suku akhir kedua Piala AFC 2015 di Stadium Darul Makmur, Rabu malam. - fotoBERNAMA

KUANTAN: Pahang gagal mara ke separuh akhir apabila tewas kepada Istiklol dengan agregat 3-5 walaupun menang 3-1 di suku akhir kedua Piala AFC di Stadium Darul Makmur di sini, malam Rabu.

Pada suku akhir pertama di Dushanbe, 26 Ogos lepas, Pahang tewas 0-4 kepada kelab dari Tajikistan itu.

Separuh masa pertama : Pahang 1 - 0 Istiklol 

Penjaring:

PAHANG: Hafiz Kamal (minit ke-30 dan 57), D. Saarvindran (minit ke-90)

ISTIKLOL: Makhmudov Khurshed (minit ke-60)

Senarai pemain:

PAHANG: Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart (Kapten) (R.Gopinathan), Mohammad Ab Aziz Ismail, Zeeshan Rehman, R. Surendran (D.Saarvindran), Matias Ruben Conti, Dickson Nwakaeme, Azammuddin Mohd Akil, Hafiz Kamal (Mohd Rizua Shafiqi Kamaruzaman), Mohd Nasril Mat Nourdin, Mattew Davies.

ISTIKLOL: Stosic Nikola, Asrorov Siyovush, Rajabov Eraj (Nazarov Akhtam), Davronov Nuruddin, Makhmudov Khurshed, Bleda Rodriguez Manuel, Dzhalilov Dzhakhongir, Petro Kovalchuk (Umarbdev Parvizjon), Vasiev Dilshod (Kapten), Fathuloev Fathullo (Mahdi Chahjooei), Dzhalilov Manuchehr.

Pengadil: Abdullah Mohamed Al Hilali (Oman) - BERNAMA

Pahang, Piala AFC

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain