suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Nafi Dakwaan Bersikap Rasis

BEKAS kapten Liverpool, Steven Gerrard menafikan dakwaan bekas rakan pasukannya, El-Hadji Diouf bahawa dia bersikap rasis.

Dalam autobiografinya, Gerrard mengkritik pemain Senegal itu kerana dilihat "tiada minat dalam bola sepak" dan menjadi pemain "kurang digemarinya" sepanjang 17 tahun bersama kelab berkenaan.

Diouf bagaimanapun dilaporkan membuat serangan balas terhadap Gerrard menerusi stesen radio, Le10 Sport dengan mengatakan "Gerrard tidak pernah menyukai orang kulit hitam".

Peguam Gerrard turut menafikan dakwaan bahawa lagenda Liverpool itu seorang yang rasis.

Dalam buku terbaharunya, Gerrard mengkritik sikap dan profesionalisme Diouf.

"Saya tidak mahu membuang masa memikirkan mengenai El Hadji Diouf tetapi amat berbaloi mengetengahkan bahawa dia membuang masanya bersama Liverpool," tulis Gerrard.

Diouf, yang kini beraksi bersama kelab Malaysia di Sabah turut mengkritik Gerrard secara terbuka pada masa lalu.

Malah, dia turut menyerang rakan karib Gerrard, Jamie Carragher.

Pada 2012, Diouf menggelar Gerrard sebagai 'egois' dan mendakwa tiada sesiapa pun di Anfield menyukainya.






Artikel Lain