suria

Li Jane Raih Tempat Kedua Di Cabaran Euro Brunswick

Sin Li Jane raih tempat kedua di Munich.

KUALA LUMPUR: Pemain boling elit negara, Sin Li Jane meraih tempat kedua di kejohanan boling campuran - Cabaran Euro Brunswick 2015 di Munich, Jerman, pada Ahad.

Pemain berusia 22 tahun dari Ipoh, Perak, itu tewas kepada pemain Amerika Syarikat, Josh Blanchard dengan 203-248 pada perlawanan akhir 'step-ladder' yang berlangsung di Dream Bowl Palace.

Terdahulu, Li Jane menewaskan pemain Sweden, Jesper Svensson 217-214 di peringkat separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir.

Kejayaan beliau sekali gus menyamai kejayaan seorang lagi pemain elit, Adrian Ang pada kejohanan yang sama di Perancis pada 2010.

Li Jane, memulakan rentak kejayaan bagi musim 2015 dengan memenangi lima pingat pada Kejohanan Tenpin Boling Asia di Bangkok pada Januari lepas dan menamatkan saingan di tempat ketiga pada Kejohanan Boling Kebangsaan minggu  lepas. -- Bernama

Sin Li Jane, boling, Euro Brunswick

Artikel Lain