suria

"Saya Kecewakan Penyokong"

Steven Gerrard memberi reaksi spontan sebaik dilayangkan kad merah dalam perlawanan Liverpool menentang Manchester United, Ahad.

STEVEN Gerrard menggalas tanggungjawab atas kekalahan 2-1 pasukannya kepada Manchester United di Anfield selepas dilayangkan kad merah kurang seminit selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Pemain Liverpool berusia 34 tahun itu menerima kad merah setelah memijak Ander Herrera dan beliau mengakui pengadil Martin Atkinson membuat keputusan yang betul.

"Saya harus menerimanya.

"Keputusan yang dibuat adalah betul. Saya telah mengecewakan pasukan, pengurus, dan terutama sekali para penyokong.

"Saya mempunyai pengalaman yang tinggi mengenai permainan ini untuk sedar bahawa tindakan seperti itu mengganggu rentak pasukan lebih-lebih lagi dengan masa perlawanan yang berbaki 45 minit dan mempunyai peluang cerah untuk menyamakan kedudukan," katanya.

Malahan, katanya, apa yang berlaku mungkin reaksi daripada terjahan yang dilakukan.

"Saya ingin meminta maaf kepada semua pemain dan penyokong dan saya menanggung segala tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Bekas rakan sepasukan, Jamie Carragher berpendapat tindakan  Gerrard berpunca daripada kekecewaan terhadap kurang masa bermain yang diberikan pengurus pasukan, Brendan Rodgers.

"Tidak pernah terjadi keadaan di mana beliau dikeluarkan daripada kesebelasan utama. Apabila pulih dari kecederaan belian terus kembali dalam pasukan," kata Carragher.

Minggu lalu di Swansea dan pada perlawanan Ahad beliau hanya dibangku simpanan.

"Menonton separuh masa pertama dari bangku simpanan, beliau tentu kecewa. Liverpool tidak bermain dengan baik dan ketinggalan 1-0. Saya rasa Gerrard melihat pemain yang menggalas posisi beliau tidak bermain dengan baik dan berasa kecewa kerana tidak diberi peluang untuk bermain dari awal perlawanan.



Artikel Lain