suria

Djokovic Terus Cipta Sejarah Baru Tenis Kali Ini Menang Terbuka Indian Wells

Novak mencium piala yang baru dimenanginya di Kejohanan Indian Wells, Amerika Syarikat.

> Menang kejuaraan Indian Wells buat kali keempat tumpaskan Roger Federer

> Ia juga merupakan gelaran ke-50 beliau dalam siri jelajah pro

> Prestasi semasa menunjukkan Djokovic mampu terus mempertahankan gelaran pemain dunia nombor satu

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic terus mencipta sejarah baru dalam kariernya yang gemilang apabila dia menumpaskan juara Grand Slam 17 kali, Roger Federer untuk merangkul kejuaraan BNP Paribas di Indian Wells, Amerika Syarikat untuk kali yang keempat.

Djokovic menang 6-3, 6-7, 6-2.

Tahun lepas Djokovic menumpaskan Federer di final yang sama dan kini kedua-dua mereka berkongsi jumlah kemenangan di sini iaitu sebanyak empat kali seorang.

Prestasi Djokovic yang juga juara Terbuka Australia tahun ini sangat memberansangkan sepanjang 2015, sehingga timbul pertanyaan siapakah yang mampu merampas kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia. 


Artikel Berikut

Artikel Lain