suria

Chelsea Terselamat, Terus Ungguli Liga Perdana Inggeris

Loic Remy (tengah) melihat hasil tendangannya yang menewaskan penjaga gol Hull City Allan McGregor untuk meletakkan Chelsea pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris berikutan kemenangan 3-2.

CHELSEA terselamat daripada detik cemas untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemanangan 3-2 ke atas Hull City.

Pendahulu liga itu memulakan permainan dengan cemerlang selepas Eden Hazard mengawal bola dengan baik melepasi beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Hull, Allan McGregor untuk membolehkan Chelsea mendahului seawal minit ke dua.

Diego Costa meletakkan Chelsea dalam keadaan selesa apabila menjaringkan gol tujuh minit kemudian.

Bagaimanapun, dua gol dalam tempoh 74 saat, mengimbangi semula perlawanan dan mengejutkan pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Ahmed Elmohamady menolak masuk bola ke gawang gol setelah menerima hantaran cantik daripada Andrew Robertson sebelum penjaga gol, Thirbaut Courtois melakukan kesilapan, sekali gus memberi peluang kepada Abel Hernandez untuk menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh lima bulan.

Rentak permainan menjadi perlahan pada separuh masa kedua dengan Chelsea mengawal permainan tetapi Courtois terpaksa bekerja keras menyelamatkan tiga percubaan dari pasukan Hull untuk mengekalkan kedudukan jaringan 2-2.

Pasukan Hull terus mengasak pasukan lawan tetapi pemain gantian, Loic Remy merembat masuk jaringan kemenangan melepasi McGregor untuk memberikan pasukan bimbingan Mourinho tiga mata penting dan mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas liga dengan enam mata dan kelebihan satu perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain