suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BAM Terima Penaja Baharu Jenama Victor

Tengku Mahaleel (kanan) menerima tajaan jenama Victor dari Taiwan bernilai RM60 juta untuk tempoh enam tahun.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima penajaan baharu dari Taiwan, Victor selepas hampir 15 tahun bersama Sunrise Yonex.

BAM menerima kontrak perjanjian tajaan barangan Victor termasuk kasut, baju dan raket bernilai RM60 juta untuk tempoh enam tahun.

Majlis tandatangani kontrak tersebut disaksikan oleh Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff bersama Chen Den-Li (pengerusi Victor Taiwan) di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Selasa.

Sebelum ini, penaja utama BAM ialah Yonex (Jepun) dengan jumlah penajaan sebanyak RM2.5 juta setahun (dari 2001 hingga Februari tahun ini).

Yonex juga menjadi penaja peribadi ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan akan terus memakai pakaian yang diperkenalkan sejak 1946 walaupun membabitkan acara berpasukan.

Antara jenama sukan pernah dipakai pemain badminton negara sebelum ini ialah Gosen dan Carlton.

BAM, Victor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain