suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Bola Sepak Lakukan Hubungan Seks Dengan Gadis 15 Tahun

PEMAIN Sunderland yang juga bintang skuad kebangsaan England, Adam Johnson ditahan polis selepas disyaki melakukan hubungan seks dengan gadis berusia 15 tahun.

Pemain bernilai £10 juta itu ditahan di rumahnya di County Durham selepas bergelar ayah kepada bayi yang kini berusia tujuh minggu.

Adam dilaporkan ditahan selepas rumahnya didatangi polis pada pukul 9.15 pagi sebelum membawanya bersama untuk siasatan.

Pada Ahad, Sundarland bertindak menggantung pemain yang menerima gaji sebanyak £60,000 seminggu itu kerana akan ditahan polis untuk siasatan.

Penggantungan itu akan membuatkan Adam terpaksa melupakan baki perlawanan musim ini, termasuk aksinya untuk skuad England.

Polis Durham berkata," seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditahan awal pagi Isnin kerana dipercayai melakukan hubungan seks dengan gadis berusia dibawah 16 tahun."

Jelasnya, suspek akan ditahan sementara waktu sehingga siasatan polis selesai dilakukan.



England, Sunderland

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain