suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wee Wern Mara Ke Suku Akhir Terbuka Windy City

Low Wee Wern

KUALA LUMPUR: Pemain Skuasy wanita nombor dua negara, Low Wee Wern mara ke suku akhir kejohanan terbuka Windy City 2015 selepas bertarung dalam lima set di Chicago, Amerika Syarikat, pada Ahad.

Pemain berasal dari Pulau Pinang berusia 24 tahun itu mengalahkan pemain veteran Rachael Grinham dari Australia, 7-11, 11-2, 3-11, 11-9 dan 11-6 dalam perlawanan panjang lima set yang berlangsung 58 minit.

Wee Wern akan menemani Ratu skuasy negara Datuk Nicol David yang berjaya  menempah tempat ke suku akhir setelah mudah menewaskan pemain Mesir, Heba El Torky 11-5, 11-4 dan 11-7 dalam tempoh 27 minit, pada Sabtu.

"Saya gembira berjaya merangkul kemenangan 3-2 terhadap Rachael Grinham hari ini! Rachael bermain dengan baik dan saya terpaksa bertahan sehingga akhir perlawanan.

"Akan menentang Raneem Weleily el dalam perlawanan suku akhir! dua pemain Malaysia di peringkat suku akhir!," kata Wee Wern dipetik dalam laman sosial Facebook beliau.

Pilihan kedua kejohanan Raneem El Welily dari Mesir menewaskan rakan senegaranya Omneya Abdel Kawy 11-7, 7-11, 11-9 dan 11-8 untuk menempah tempat ke suku akhir.

Artikel Lain