suria

Man City Senarai Tiga Jurulatih Ganti Pellegrini

MANCHESTER CITY dilapor telah menyenaraikan Diego Simeone, Carlo Ancelotti dan Pep Guardiola sebagai jurulatih yang akan mengambil alih tugas Manuel Pellegrini pada musim depan.

Jawatan yang disandang Pellegrini kembali 'panas' selepas City tewas 2-1 kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Ahad - menjadikan Chelsea semakin selesa sebagai pendahulu liga.

Simeone

Dengan kekalahan itu, City diibarat telah memperlahankan persaingan liga kerana ketinggalan lima mata di tanga kedua.

Kekalahan kepada Liverpool sukar diterima pihak pengurusan City kerana skuad itu telah tewas kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-juara Eropah baru-baru ini.

Bagaimanapun, daripada tiga jurulatih terbaik dunia itu, pemilik City, Sheikh Mansour dikatakan mahu Simeone membimbing City pada musim depan.

Difahamkan, ketibaan jurulatih baharu bagi pasukan tersebut pada musim depan akan melibatkan jumlah pembayaran lebih besar dan bakal memecah rekod di England.


Manchester City

Artikel Lain